Risau akan perniagaan selepas PKP ?

Banyak perniagaan dah mula secara online, anda bila lagi?

 

“COVID-19 memaksa kita semua untuk berubah, lantas kehidupan tidak lagi seperti sebelum ini.

Jika dahulu manusia dipaksa supaya beratur, tetapi kini barisan panjang dapat dilihat di mana-mana. Manusia tidak lagi berebut-rebut seperti dahulu. Tertib. Krisis kesihatan ini juga menukar gaya hidup untuk bergantung kepada teknologi baharu. Paling nyata penggunaan digital dalam semua urusan.

Jika dahulu terpaksa bersenteng kain atau seluar untuk masuk ke pasar basah, namun kini dengan hujung jari, ikan, sayur dan ayam sudah sampai di rumah.

Membeli di hujung jari juga bukan perkara baharu. Sudah lama wujud. Azahari Ahmad atau lebih dikenali dengan ‘Pasarman’ di Pasar Borong Selayang, mengamalkan kaedah ini sejak 2018.”

Inilah petikan artikel dari Menteri Ekonomi, Dato Seri Mustapa Mohamed pada 21 Jun 2020.

Kenapa tunggu lagi?
Jom ‘Online’kan Perniagaan Anda

Tambahkan ‘channel’ perniagaan anda melalui web e-Commerce

 

FanatikApps adalah platform web eCommerce untuk perniagaan di Malaysia terutama yang membabitkan delivery ke rumah pelanggan anda.

Kami telah membina web e-commerce untuk Pasarman sejak dari akhir tahun 2018.

Pasarman.com telah mendapat liputan media sejak dari 2018 hingga sekarang.

Izinkan kami bercerita bagaimana kami telah membantu Pasarman.com dan

Bagaimana kami boleh membantu perniagaan anda untuk online?

Apa yang kami telah lakukan kepada Pasarman.com adalah:

  • setup web e-commerce
  • kemaskini web setiap minggu
  • setup iklan FB Ads untuk marketing
  • analisa keseluruhan web e-commerce tersebut. Produk mana yang laku keras dan bagaimana untuk tingkatkan ‘sales’.

Dan kami juga boleh membantu anda dengan memberikan servis yang sama kepada anda!

 

Apa yang akan anda dapat dari servis e-Commerce kami?

Bina Jenama menggunakan web sendiri

Dapatkan kedai online dengan jenama anda sendiri seperti ahmadgroceries.com

Kedai online ini membolehkan anda dikenali di dalam dunia online dengan memaparkan maklumat bisnes, produk dan soalan-soalan lazim tanpa perlu bakal pelanggan anda bertanya kepada anda.

Kedai online ni sama macam buka kedai, anda perlukan trafik. Salah satu cara dapatkan trafik adalah melalui social media  seperti facebook dan sebagainya.

Dengan adanya web, anda dapat promosi di Facebook group, pages dan lain-lain dengan lebih berkesan, terutama menggunakan teknik retargeting di facebook dan instagram

 

Pilihan Tarikh dan Waktu Penghantaran

Anda boleh set tarikh dan waktu penghantaran di web. Jadi pelanggan boleh terus pilih tarikh sedia anda. Tak perlu lagi tanya anda, lusa ada buat penghantaran tak?

Setkan belian minimum sebelum penghantaran.

Pengalaman kami di Pasarman, margin keuntungan adalah rendah kerana barang-barang komoditi. Jadi untuk tingkatkan keuntungan dan berbaloi dengan masa untuk delivery, kami setkan belian minimum kepada RM 50 dan ia akan terus dipaparkan di web kalau belian minimum tak cukup.

Setkan Caj Penghantaran Mengikut Kilometer

Sistem kami akan kirakan berapa caj penghantaran dari kedai anda kepada pelanggan. Contoh anda caj RM1.20 per km, jika jarak pelanggan adalah 5 km, caj penghataran akan dikira automatik RM6.

Tak perlu lagi anda kira secara manual! Cuba bayangkan anda buat kira-kira ni untuk 20-30 baru pelanggan setiap hari dengan jawab di whatsapp, naik muak!

Terima Bayaran Online dan Kad Kredit

Terima bayaran secara online atau kad kredit, jadi tak perlu selalu login akaun bank untuk pastikan pelanggan buat bayaran sebelum penghantaran, terutama bila dah ada puluhan order, mana satu yang dah bayar?

Lagipun sekarang ramai dah biasa beli online termasuk shopee dan lazada, jadi internet banking dah jadi kebiasaan buat rakyat Malaysia.

Atau boleh juga aktifkan fungsi Cash On Delivery (COD).

Fokus servis khidmat pelanggan

Kerana kebanyakan maklumat telah ada di web, jadi bakal pelanggan biasanya hanya akan tanya soalan-soalan untuk kepastikan, bukan soalan yang telah ada dekat web seperti daging ni harga berapa 1 kg, ada 1/2 kg tak dan lain-lain. 

Jadi anda dapat fokuskan kepada pertanyaan pelanggan yang tiada di web. Kalau ada soalan berulang, terus tambah di bahagian-bahagian soalan lazim. 

Hanya whatsapp Virtual Assistant kami untuk kemaskini web anda.

Tak reti teknikal ? Jangan risau, kami sediakan staff kami sebagai “Virtual Assistant” kepada anda.

Pengalaman kami dengan Pasarman Azahari, mereka ni tiada masa untuk jaga website. Ya lah, banyak benda remeh temeh yang mereka kena buat, Baik mereka fokus kepada bisnes mereka. Kenapa perlu belajar teknikal macam setup dan kemas kini website. Bukan bidang ini bisnes mereka pun! Baik mereka fokus kepada bisnes meraka.